
Klinik Pergigian Makmur telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Pusat Perdagangan Pontian, Johor. Kami menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian asas seperti tampalan, penskaleran (scaling), cabutan, rawatan kanal akar (root canal treatment) dan pembedahan kecil pergigian. Kami turut menawarkan rawatan pergigian prostetik dan kosmetik iaitu pembuatan gigi palsu, korona (crown), jambatan (bridge), pemutihan gigi (teeth whitening) dan juga rawatan ortodontik. Klinik ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu (9pagi - 6 petang) dan Ahad (9pagi - 1tghari). Kami tidak beroperasi pada hari Jumaat.
Kami juga mempunyai sebuah lagi cawangan klinik iaitu Pusat Doktor Gigi Pertama yang terletak di Jalan Alsagoff. Klinik ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu (9pagi - 6 petang) dan Ahad (9pagi - 1tghari). Pusat Doktor Gigi Pertama tidak beroperasi pada hari Khamis. Rawatan yang disediakan adalah sama seperti Klinik Pergigian Makmur kecuali rawatan ortodontik.